Hakcipta dan Logo | Malaysia

Harta Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:

  • usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
  • karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
  • penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
  • karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

Karya Yang Layak Mendapat Perlindungan Harta Intelek

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :­

  • karya sastera
  • karya muzik
  • karya seni
  • filem
  • rakaman bunyi
  • siaran
  • karya terbitan

Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati.

Karya Sastera

Karya sastera terdiri daripada:

  • novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya
  • lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomin
  • treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel
  • ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain
  • surat, laporan dan memorandum
  • syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya
  • jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak
  • program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.

Karya Muzik

Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik.

Karya Seni

  • Lukisan cat, lukisan, ecing, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan dan apa- apa karya tiga dimensinya
  • Peta, pelan, carta, rajah, ilustrasi, lakaran dan karya-karya tiga dimensi berhubung dengan geografi, topografi, senireka atau sains
  • Karya seniukir
  • Karya senibina dalam bentuk bangunan atau model bangunan
  • Fotograf yang tidak terkandung dalam filem
  • Karya pertukangan seni, termasuklah tenunan halus bergambar, kain bertekad dan barang-barang petukangan tangan dan seni perusahaan.

Sumber: myipo.gov.my

2015 Malaysia Online Logo Designs | Rekabentuk Logo - by WizanZaini | MOHD WIZAN BIN ZAINI (Business Registration: IP0471851-A) No. 82 Laluan Meru Permai 4, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.

Wholly Owned by WizanZaini | Your Logo Designer Since 1999.