Biru IphoneReal Estate 2Emas PerakQasuma Herbal TeaDaemon X

Wizan Zaini | Pereka Logo Malaysia

wizan zaini logo design malaysiaProfil LogoDesign.my | Usahawan Internet | Pereka Logo Dalam Talian | Pelukis & Jurugambar | Malaysia

Laman web ini adalah milik Wizan Zaini (Randuk Benua) dan beliau dibantu oleh sahabat-sahabat pengurus jenama, pereka grafik, usahawan internet dan webmaster bebas. Wizan adalah seorang pereka grafik bebas dan juga pelukis yang mahir menggunakan bahan cat air, cat minyak dan beliau amat meminati seni fotografi. Wizan telah berkecimpung selama 20 tahun dalam bidang senireka grafik dan kreatif bermula sebagai pereka bebas dan memulakan kerjaya dibeberapa agensi pengiklanan dan penerbitan di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada April 1999, Wizan telah membangunkan sendiri sebuah laman khusus untuk rekabentuk logo (online logo design) diberi nama www.logowaves.com. Laman ini telah memenuhi keperluan bukan sahaja pelanggan Malaysia malah dari segenap pelusuk benua terutama dari Amerika dan Eropah. Sambutan yang amat menggalakkan mendorong Wizan untuk menumpukan sepenuh masa  di logowaves.com dengan dibantu oleh beberapa orang pereka logo bebas. Hari ini, Wizan memiliki dan akan membangunkan beberapa laman berkaitan logo dan perniagaan "online" yang lain seperti: 

 

Akan Datang:

  • http://www.logodesign.my/sites/all/themes/waffles/images/raquo.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: initial; list-style-image: none; list-style-type: none; background-position: 0% 0.833em; background-repeat: no-repeat no-repeat; ">www.fotografi.my | www.ayamkampung.my | www.mystay.my | www.lamanpercuma.com | www.lamanmudah.com

Laman web www.logodesign.my ini pula dibangunkan khusus untuk pelanggan dari Malaysia sahaja, dengan pakej dan kadar harga yang lebih bersesuaian. Anda perlu maklum bahawa logo adalah antara asas penting dalam membina jenama. Nasihat Wizan, dapatkan logo yang berkesan dari pereka yang berpengalaman tidak dikira disini atau di mana sahaja. Dunia perniagaan hari ini menghidangkan persaingan yang hebat dan Wizan sentiasa sedia membantu anda. Jika anda bercadang untuk mendapatkan perkhidmatan rekabentuk logo dan penjenamaan, sila hubungi Wizan melalui borang yang disediakan. Terima kasih kerana berkunjung ke laman www.logodesign.my dan Wizan doakan anda mendapat manafaat dari laman ini.

Pereka Logo Anda | www.logodesign.my
Wizan Zaini | Randuk Benua
No. 44A, Tingkat 1, Lgk. Meru Permai 2,
Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak, Malaysia
05.527.2485 | 012.9026.297

Jumaat, 7hb November 2008

Latest Designs

Media WarnaMatahari OptometriPetani.mykohilallogo-design-2009